Tuesday, August 11, 2009

gadis berbaju purple....

ada kisah di sebalik gambar cun giler ni...tunggu je la aku posting...hahahahahaha!!!!!
GADIS BERBAJU PURPLE....gila ah!!! ding dong!!!!!

Monday, August 3, 2009

Aku hanyalah aku.

Dalam dunia ini aku adalah aku. Aku tak dapat menjadi seperti mereka, dia dan kau. Aku tak dapat berpura2, berlakon dan menjadi munafik semata2 hendak menyedapkan orang lain ataupun untuk mendapat sedikit habuan keduniaan. Aku boleh berbuat baik kepada seseorang dan pada masa sama aku juga boleh melukakan hati dan perasaan orang lainnya. Hubungan aku dengan dia dan mereka malahan kau sekalipun sentiasa ada pasang dan surut. Seperti ombak yang memukul pantai, adakalanya deras adakalanya lembut. Sudah tentunya manusia hanyalah manusia, bukan sang nabi yang punya perkhabaran dari langit. Manusia adakalanya tersalah langkah dalam kehidupan dan belajar dari kesilapan itu untuk menjadi insan yang lebih baik pada masa mendatang. Manusia yang seringkali dibelenggu oleh rantai dosa akan sentiasa mencambuk diri dengan cemeti penyesalan, penghinaan dan keluluhan. Setiap manusia mendamba akan ertinya cinta, ingin akan rasanya cinta, syahdu akan keindahan cinta. Tetapi manusia tidak sedar kadang2nya mereka memilih untuk membenci sedangkan benci itu perlakuan iblis, raja neraka. Boleh saja dengan membenci kepada dosa manusia akan menemui cinta. Dan manusia semuanya adalah pendosa kecuali insan2 yang terpilih. Sungguh aku benar2 ingin menjadi yang terpilih, yang bersih, dan yang tahu akan rahsia2 penciptaan. Yang hari2nya berteleku memikir akan maksud hidup dan malam2nya bersujud syukur akan nikmat penghidupan. Jalan2 yang pelbagai kadang2 menyesakkan nafasku, namun dengan jalan pelbagai itulah aku menemui kebenaran, keindahan dan kesyahduan. Cuma apa yang aku kurang adalah keberanian. Dan keberanian hanyalah dikurnia Tuhan, sebagai makhluk kita hanyalah ciptaan yang lemah lagi penuh pasrah. Mampukah manusia mengubah dunia ke arah kebaikan tanpa pertolongan Tuhan? Kuatkah manusia untuk melawan kejahatan tanpa bantuan Maha Penolong? Atau pastikah manusia akan temui kebenaran tanpa hidayah Maha Petunjuk Jalan? Jawapannya tidak dan sama sekali tidak. Sebagai manusia, aku tertakluk kepada hukum masa, hukum dunia dan hukum kebendaan. Manusia punya nafsu dan keinginan yang pada kedua2nya punya kenikmatan namun pada masa sama boleh membawa penyesalan lagi rasa hina. Aku punya niat, dan niatlah yang memandu arah perjalananku. Niat tanpa haluan akan menyesatkan manusia, haluan tanpa niat pula akan membingungkan para pencari kebenaran. Berserahlah pada Yang Maha Kuasa, yang Maha Mengetahui segala takdir kita dari sejak Hari Permulaan sehinggalah Hari Pengadilan. Sungguh, kepada-Nya sahajalah aku memohon, agar kehidupan aku bukan sia2, dan bukan sekadar membuang masa...Ameen.
Kertas yang dikoyak,

Bunyi.

Akal yang terkoyak,

Sepi.

Adakalanya,

Atau pada satu ketika,

Kata2 harus disimpan di dalam hati,

Disemat pada sanubari.


Agar ia tidak menyakiti,

Akan hati para insani...