Saturday, May 9, 2009

Rase cili....


salam sumer...

Firman Allah SWT: Maksudnya: "Janganlah kamu mendekati zina bahawa sesungguhnya ia (zina) adalah kejahatan dan keji perjalanannya".

Oleh kerana penyakit yang bakal dihidap dan dideritai oleh mereka yang berzina itu tersangat pedih, pedih jasmani, rohani dan mentalnya, maka pencegahan yang dianjurkan Al-Quran bermula dari larangan mendekatinya. Mendekati zina disini bolehlah dianggap bermula dari main kenyit-kenyit mata atau menggunakan isyarat-isyarat yang dikategorikan sebagai perbuatan cuba"mengorat". Kalau larangan ini dapat dipatuhi sudah tentu penyakit yang digelar mukaddimah zina ia itu penyakit "angau" yang disebut juga sebagai "gejala sosial" akan dapat dielakkan. Kalau dikira, penyakit angau sahaja sudah menyebabkan pengidapnya tak lalu makan dan tak lena tidur yang boleh mengundang berbagai penyakit, apatah lagi jika terlanjur lebih jauh dari itu. Kita sering mendengar kisah mereka yang mengidap penyakit angau ini boleh menyebabkannya sekurang-kurangnya kurus kering kerana makan hati berulam jantung dan yang paling hebat sampai membunuh diri. Perkara membunuh diri akibat serangan penyakit angau ini membuktikan bahawa pesakit mengidap sakit mental yang serius.


Amacam?korang penah mengalaminyer?haha!!mesti penah nyer...jangan nak auta kata tak penah...
Kat sini aku nak huraikan tentang penyakit ni,dan cara2 utk mengatasi atau menghindarkan atau lebih baik tak yah terjebak langsung...!!!!(kalau nak terjebak gak,itu korang punyo pasal)
Angau?...korang tau ke angau tu ape?...Angau a.k.a tungau a.ka sewel a.k.a jiwa kacau....adalah suatu penyakit jiwa dimana penghidapnya adalah golongan org2 yang sedang dilamun cinta(biasanyer la..kot tak tau la kalau selsema babi tu pon dalam kategori angau gak?....) Di kalangan orang2 muda kita biasa mendengar tentang penyakit ni,maklum saje la...tengah syok bercinta....macam2 la....biasanyer ayat ni la digunakan..."tak dapat tengok orangnyer,dapat tengok kambingnyer pun jadi la"....hahahaha!!!!....
kalau dah smpai tahap nengok kambing pun ok,memang sah sah la belangau...hahaha!!...daripada kajian yang dijalankan sekitar tahun 1208 s.m,penyakit ini sebenarnyer berpunca drpd sejenis wabak yang dibawa oleh sekumpulan pendatang tanpa keizinan yang berhijrah dari satu tempat kesatu tempat yang tidak diketahui nama tempat asal dan tempat yang hendak dituju menyebabkan mereka2 ini merasa kecewa yang teramat sangat sehingga tidak dapat dibendung lg...oleh kerana itu,ada...lah diantara pendatang2 ini dgn tiba2 menjadi sewel tak tentu pasal...lantak dia la...dia punyo pasal!!!!huhuhu!!!....,lantas paramedik2 ketika itu berusaha bertungkus lumus utk mengubati wabak baru ini....maka bermula lah demensi baru tentang penyakit...tambahan kepada penyakit2 yang sedia ada.Nama asal bg penyakit angau ni sebenarnyer adalah SEWEL,disebabkan takut dimasa2 akan datang akan timbul masalah berbangkit,maka dengan sebulat suara nama ini telah ditukar kepada angau bersempena nama seorang pahlawan dahulu kala yang ntah dari mana asalnyer pon aku tak tau!!!!....inilah serba sedikit tentang sejarah penyakit angau...huhu!!!...

ok la sampai cini dulu,kot ada ape2 nak tanyer,leh la anto komen...aku akan jawab sepantas yang mungkin!!!...tentang cara menghindari dr terkena penyakit gila..A.K.A sewel ni,aku posting len kali...kalau nak tunggu,tunggula,kalau tak nak...itu ko punyo pasal!!!!hohoho!!!!....

1 comment: