Kata orang, kehidupan bermula sewaktu berusia 40 tahun. Aku tidak bersetuju sama sekali kiranya 'kehidupan' di sini bermaksud 'hidup zahir'. Sudah semestinya kehidupan bermula sebaik saja kita keluar dari rahim ibu. Kalau yang dimaksudkan dengan 'hidup batin' maka aku separa bersetuju. Kenapa? Harus dilihat asal-usul peribahasa ini. Ia bermula dari sebuah tamadun Barat yang sedikit sebanyak berselirat dengan faham materialis dan eksistentialis. Mereka menolak kehidupan selepas mati. Hanya segelintir saja yang menerima, itupun digelar para penganut agama ortodoks. Berbalik kepada peribahasa tadi, apa yang difahami sebenarnya mengikut acuan kehidupan tamadun Barat. Mereka menganggap kehidupan yang idealis adalah apabila kita mencapai segala2nya yang ingin dikecapi sebelum menghembus nafas terakhir di dunia ini. Apa yang ingin dikejar ialah harta, pangkat, keturunan dan segala2 yang bersifat sementara dan berpindah-randah. Aku telah perjelas sebelum ini berkaitan kekayaan yang saling berpindah-randah. Ia tidak kekal! Masakan Lim Goh Tong mahupun Bill Gates akan kaya selama2nya? Sudah semesti kekayaan mereka akan diperturunkan atau lebih teruk akan jatuh bankrap. Ini hanya andaian, Allah lebih tahu.
Umum bagi masyarakat Barat, apabila usia sudah lanjut, mereka inginkan 'kejayaan' tipikal yakni rumah, kereta, anak-cucu dan simpanan hari tua yang boleh membuat kehidupan bermakna. Oleh itu, angka 40 dipilih sebagai batu aras yang akan menandakan samada seseorang itu berjaya atau tidak. Jika sebaliknya terjadi, mereka akan mengakhiri kehidupan mereka merempat di kaki2 lima ataupun rumah kebajikan dan ini sudah semestinya satu bentuk penghinaan yang maha hebat! Bahkan kita sendiri pun tidak mahu hal demikian terjadi ke atas diri sendiri. Harap dijauhkan dari azab Allah di dunia mahupun akhirat. Sekali lagi aku tekankan bahawa sedikitpun aku tidak bersetuju dengan peribahasa ini. Jika apa yang dimaksudkan itu hidup batin aku berpendapat hidup sebenarnya bermula lebih awal daripada itu. Mungkin pada umur 20 tahun ataupun lebih muda. Yang dimaksudkan 'kehidupan bermula' dari segi 'hidup batin' itu adalah satu proses pencarian tentang halatuju kehidupan dan pengakhiran nasib manusia. Ada manusia yang percaya pada kebangkitan semula di dunia sebagai haiwan dan tumbuh2an. Ada yang percaya manusia akan hidup di dunia saja dan akan musnah secara total selepas saja kematian menjelma. Bagi muslim, kita percaya pada kehidupan di alam akhirat. Manusia secara amnya mula mencari erti hidup sebaik saja 'mengenal alam'. Kenal belum tentu tahu. Sudah semestinya yang dikenal itu akan mula mengalami proses 'bermesra' yang akhirnya akan 'tahu'. Pada tahap tahu itu sebenarnya adalah tahap akhir dalam perhubungan. Rasa tahu boleh menghasilkan dua jenis akibat iaitu 'suka' dan 'benci'. Berbahagialah bagi manusia yang akhirnya menemui 'suka' dan celakalah bagi yang terjatuh dalam lembah 'benci'. Hanya 'pencari kebenaran' yang akan selamat jika mereka tulus dan ikhlas mencarinya. Dan, hanya pencari yang mengenal pencari. Bukankah jauhari yang mengenal manikam?
Masa berjalan. Kenalan dan rakan juga berubah2 bentuk seiring dengan perjalanan masa. Bagi yang berumur akhir 20an lebih terasa kiranya kawan2 rapat sudah berkahwin dan menjalani hidup berumahtangga. Ada yang berubah profesion, tempat kerja. Tidak kurang yang mengambil keputusan untuk mengembara atau pulang menetap di desa. Selepas itu kehidupan bermula dengan fasa yang berbeza. Kenalan2 dan kawan2 baru akan mengambil tempat mengisi kekosongan tadi. Proses berkawan juga akan berubah mengikut kehendak diri kita. Jika kita ingin melakukan perkara A, akan datanglah berbondong2 makhluk yang serupa dengan apa yang kita inginkan tadi iaitu mahu terhadap perkara A. Mereka juga punya ciri2 yang seakan2 sama dengan kita. Kemudian kita akan berasa tenang selesa seolah2 sudah menemui sesuatu yang kita impikan selama ini. Jika dulu proses persahabatan itu hanyalah berdasarkan rasa seronok dan bermain2, sekarang kita mula merasakan tanggungjawab semakin besar di depan kita. Kita akan menemui sesuatu yang memang kita impikan sejak kecil lagi. Rasa sedikit teruja ini harus dibendung dengan azam dan kepercayaan yang kuat. Jika tidak kelak kita akan rebah dan tidak punya asa untuk bangun kembali. Itulah satu bentuk kehidupan hakiki. Hidup untuk beramal dan percaya tentang takdir Maha Esa. Dia yang menunjukkan jalan kepada kita dan hanya Dia yang menentukan baik-buruk pengakhiran kita. Berdoalah kepada-Nya, Dia yang memegang segala kunci khazanah alam dan penentu segala takdir manusia. Hanya Dia, Tuhan Pemilik Alam. Juga Akhirat.
Semoga diperkenankan segala apa yang kita inginkan. Amin.

Aku lebih setuju kalau umur 40 tahun adalah musim menuai...............................
ReplyDeletebagi aku hidup dan umur adalah 2 perkara yang berlainan... di mana hidup kita adalah dari kita lahir hingga sekarang manakala umur kita telah pun ditetapkan sewaktu kita lahir lagi... secara peribadi aku menganggap setiap kali aku menyambut ulang tahun kelahiran aku, bukanlah umur aku yang meningkat tetapi umur aku semakin pendek... ini kerana ajal maut aku telah ditetapkan dan hanya tuhan saja yang maha mengetahui... hidup aku telah mencecah 30 tahun tetapi umurku tak dapat dibaca... mungkin tinggal sehari dua, mungkin sebulan, mungkin setahun, dan mungkin 20 tahun... apa yang lebih penting di sini adalah keseimbangan di antara mengecap kehidupan dan memperingati umur yang semakin pendek.... salahkah takdir yang telah direncanakan atau pun kesilapan kita membuat percaturan....? bersama saya Ahmad Nabil Ahmad dalam rancangan LU PIKIR LAH SENDIRI....
Kalau dah hidop 40 tahun tu pandai2 lah bawak diri..... Doakan aku kaya di dunia dan akhirat
salam..apasal you punya posting banyak sentimental arr?? kasi peccahhh la..
ReplyDeleteijan.. mana kau dapat article ni? macam ada sesuatu je..jeng..jeng..jeng..
ReplyDeleteto gorgom.. tuan punya blog mau kasi luah isi hati maaa
baek punto komen kama...hahaha...senang citer...lu nak carik pasal kalu....LU PIKIR LA SENDIRI....assalamualaikum...
ReplyDeleteallo mr golgom...skali sekala mau sentimental maaa...peccahhhhh saja....aiyoooooo!!!!!
ReplyDeletealooo..you click ini blog : http://luapabikin.blogspot.com
ReplyDeletehahaha kene balik kat aku ayat tu... nabil's-tagline@hampeh.com hahaha
ReplyDelete